Soalan Lazim

1. Apa itu aplikasi MenThor?

Aplikasi MenThor merupakan perkhidmatan penstriman latihan, bimbingan & pementoran bisnes bagi telefon pintar (Android & iOS).

2. Apa format latihan, bimbingan & pementoran ini?

MenThor menyediakan ribuan video yang dipecahkan mengikut kategori penting dalam bisnes untuk dipelajari daripada mentor terbukti berjaya.

3. Apa topik yang terkandung dalam aplikasi MenThor?

Topik-topik utama seperti bisnes, keusahawanan, kepimpinan, pemasaran, potensi diri, minda & sikap dan lain-lain.

Terdapat juga topik lain yang penting bagi anda seperti tindakan, jenama, matlamat dan sebagainya.

4. Berapa panjang tempoh sesebuah video?

Video-video dalam aplikasi MenThor bermula dari 1 minit hingga lebih 1 jam yang hadir dalam bentuk video tunggal ataupun bersiri.

5. Adakah tempoh masa ditetapkan untuk mempelajari daripada video ini?

Tiada tempoh masa ditetapkan. Video-video ini boleh ditonton tanpa had dan pada bila-bila masa selagi anda mempunyai capaian internet dan melanggan aplikasi MenThor.

6. Bolehkah saya berinteraksi dengan mentor?

Buat masa ini, tiada sebarang interaksi dengan mentor dalam aplikasi. Mengenai interaksi, ciri itu akan dibuat pada fasa pembangunan aplikasi MenThor akan datang.

7. Berapa caj untuk melanggan MenThor?

Pelan melanggan aplikasi MenThor serendah RM38 sebulan tanpa kos tambahan serta kontrak.

8. Apa versi sistem Android & iOS yang menyokong penggunaan aplikasi MenThor?

Bagi pengguna Android – versi 4.4 ke atas & pengguna iOS – versi 12.0 ke atas.

9. Boleh tak saya muat turun video ini?

Video di dalam aplikasi MenThor tidak boleh dimuat turun yang mana hanya boleh ditonton secara penstriman.

Penafian- Hak-hak Harta Intelek. Tiada bahagian dalam kandungan video aplikasi ini boleh dikeluarkan semula bagi sebarang tujuan komersil tanpa kebenaran daripada pemilik video iaitu RichWorks International Sdn. Bhd. . Kandungan, teks, gambar, grafik, fail suara, animasi dan video, semuanya dilindungi dibawah hak cipta dan harta intelek yang lain.

Kandungan-kandungan dalam aplikasi ini tidak boleh ditiru bagi kegunaan komersil atau pengedaran, ataupun diubah suai atau dikeluarkan pada platform lain.

10. Apakah polisi pemulangan balik wang pembayaran?

Tiada pemulangan balik wang pembayaran. Anda hanya akan dicaj selepas tamatnya tempoh percubaan – selama 30 hari langganan percuma bergantung tawaran yang dibuat.

Anda boleh membatalkan langganan bila-bila masa dan meneruskan akses kandungan aplikasi MenThor sehingga tamat tempoh bil terkini.

11. Siapa saya boleh hubungi untuk mendapatkan bantuan teknikal?

Anda boleh menghubungi Bahagian Bantuan Teknikal MenThor melalui Whatsapp +60163633564.

Weekly News and Updates. Just For You.

No spam, no nonsense, unsubscribe anytime.

Tentang Menthor

PLATFORM BIMBINGAN & PEMENTORAN NO.#1 MALAYSIA Untuk Usahawan Yang Mahu Meningkatkan Bisnes.